assalamualaykum...
setiap kali kita bersalaman seusai solat,pasti kita akan menghulurkan tangan dan mengucapakan
"minta maaf ye..."
tapi yang hairan kawannya juga akan balas
"minta maaf ye..."
pelik dan hairan!...awak minta maaf kat siapa?...kesian tak ada yang memaafkan awak...
lagi best orang yang tak dikenali pun
"minta maaf ye..."
hehe...bagus tapi pelik dan hairan je...
ok tak mahu komen pasal salam-salam ni...
adakah anda telah bersedia meminta maaf daripada orang lain?
adakah anda ikhlas memohonya?
atau sekadar penyedap bicara?
adakah memohon maaf hanya pada hari raya?
atau hari sebelum EXAM?
apakah maaf hanya sekadar perkataan "SORI!"?
dulu saya ada satu masalah...saya rasa level saya akan jatuh bila saya minta maaf daripada orang lain...saya rasa saya tak hebat...tapi pengalaman mengajar saya...
sebenarnya kalau kita minta maaf seikhlas hati itu akan membuatkan kita merasa lebih tenang dan ukhwah terbina akan lebih terasa erat...
soalan ke2
adakah anda bersedia untuk memaafkan seseorang?
walau dia adalah orang yang paling tak mahu anda jumpa lagi?
walau dia menyebabkan hidup anda ini suram?
sukar untuk kita jawab soalan ini
tapi kemaafan lahir apabila kita merasakan
kita juga seperti dia mungkin satu hari nanti kita pula akan melakukan perkara yang sama seperti apa yang dilakukan oleh dia terhadap kita
kemaafan adalah pelerai dendam
mengapa harus berdendam jika sekadar meyakiti?
POHONLAH KEMAAFAN
HULURKANLAH KEMAAFAN
sebelum diri sendiri di tanah rata berpagar 2 batu putih
salam sayang dariku~~
MIENA
No comments:
Post a Comment